Thursday 13 June 2013

rumusan projek

Assalamualaikum, lastly..kali ni sy nak senaraikan pkongsian mgenia ilmu reka cipta yg dh sy letak dalam blog ni.
Blog ni diwujudkan semata-mata untuk subjek ASAS REKACIPTA yang berkod SPPE 2032 sebagai assignment.



--ruangan santai minda--



--nota reka cipta--









--aktiviti proses reka cipta--









sekian, 

Assalamualaikum

Wednesday 12 June 2013

Aktiviti Menghasilkan Model #Bahagian3

Assalamualaikum,,


selepas bahagian1 dan bahagian2,,pade kali ni kite sambung bahagian 3 pulak dan ia merupakan bahagian terakhir..

Akhirnye, kami bertiga satu kumpulan dapat menyiapkan dan menghasilkan produk reka cipta kami dengan jayanya. Alhamdulillah lega.

kami bertiga serta rakan-rakan sekelas yang lain baru sahje membuat final presentation yang dinilai sendiri oleh pensyarah subjek ini iaitu Puan Fadila dan encik Ilham. Kami telah membuat presentation pada  11 Jun iaitu semalam bertempat di bengkel kayu n30.. 

dan, tengok lah hasil reka cipta kumpulan kami ini --->

ini dia,, 
sebuah reka cipta bertema kan IKS
kami memilih untuk membuat rekacipta mengenai acuan menghasilkan kuih gendang kasturi
dan ianya merupakan dalam bentuk model sahje


bukuidea-blog-model bahan-poster-proposal

dalam subjek ini iaitu asas rekacipta,,selain menghasilkan model,, kami juga perlu menghasilkan buku idea mengenai perjalanan projek reka cipta kami ini,
proposal projek, dan juga sebuah poster untuk kajian pasaran projek ini..dan juga tak lupe jugak tugasan untuk mencipta blog untuk menceritakan perjalanan pembelajaran kami sewaktu dalam subjek ini..

Akhirnya, segala tugasan kami sekelas dapat disiapkan.. jutaan terima kasih kepada pensyarah; Puan Fadila beserta dengan pembantu pensyarah seperti en.ilham en.din en.mat dan lain lain. serta tak lupe pade ahli group iaitu; krozi & kzati serta semua rakan-2 sekelas sppq dgn ucapan t.q. daun keladi..dan sy minta maaf atas silap salah kurang lebih d sepanjang pbelajaran ini.



Assalamualaikum

Tuesday 11 June 2013

Aktiviti Menghasilkan Model #Bahagian2

Assalamualaikum,


pade kali ni sy nak sambung aktiviti kami se-group untuk menghasilkan model bertema kan produk IKS seperti yg telah diberitahu sy pade entry blog sy yg lepas.

setelah membuat lawatan di beberapa kawasan perusahaan IKS di sekitar Pontian, kami telah bersetuju untuk memilih Anor's Food sbg tempat kajian kami. sila rujuk entry INI untuk maklumat lanjut.. 

dalam proses awal kami mhasilkan model, terdapat beberapa kesulitan mengenai perancangan kami. namun, setelah perbincangan sesama ahli group dan bantuan dari puan fadila serta encik ilham,, dapat lah kami merumuskan idea dan perancangan bentuk model yang baik yang akan kami hasilkan ini.

kami telah memilih menghasilkan model menggunakan foam yang khas untuk kerja-kerja reka cipta yg telah disediakan khas di bengkel yg disediakan oleh fakulti. 

utk pngetahuan, kami menghasilkan sebuah model tentang acuan membuat kuig gendang kasturi..utk makluman, bdasarkan kajian kami.. acuan utk mhasilkan kuih gendang kasturi adalah secara manual iaitu menggunakan terap bulat sahaja.

justru, kami ingin membuat satu reka cipta mgenai acuan kuih gendang kasturi yg dapat memudahkan kerja-kerja pengusaha untuk mengeluarkan kuih gendang kasturi dalam kuantiti yang banyak serta mampou untuk memenuhi keperluan pelanggan thadap pmintaan kuih ini yang semakin banyak di pasaran.

mari kita lihat gambar-gambar aktiviti semasa kami menghasilkan tugasan kami mencipta model IKS ini. kami berasa seronok mempelajari subjek ini kerana ia memerlukan kami idea dan kerja reka cipta yg menambahkan pengetahuan kami dalam ilmu reka cipta ini.


memotong-mengecat-membentuk-memesin-mhasil pati-mewarna-mengelas
semua ilmu ini kami pelajari sejak di tahun 1 lagi & moga ia bmanfaat sampai bile-2

ketekunan & kesungguhan untuk menghasilkan model IKS
ilmu-ilmu teori yg telah dipelajari dapat dipraktik

ni sebahagian dari model kami yg dah siap 
dan ia masih dalam kerja-kerja kemasan


nak tahu macammana model kami siap dan bentuknye?
dan bagaimana pengakhiran kerja-kerja rekacipta kami?

jangan lupe membaca nye di sambungan...

Aktiviti Menghasilkan Model #Bahagian3 pulak



sekian, 
Assalamualaikum w.b.t..

Friday 31 May 2013

Aktiviti Menghasilkan Model #Bahagian1

Assalamualaikum,


dah lama tak update blog. 

selama kami berada dalam subjek ini, kami telah diberikan tugasan iaitu untuk menghasilkan model rekacipta mengenai tajuk kajian kami iaitu IKS..

kami dah memilih iaitu untuk mhasilkan model acuan kuih gendang kasturi..ade sape-2 tak kenal kuih ni macam mane? ni dia kuih gendang kasturi,,,

kuih yang sedap di makan waktu petang dengan kopi o panas

okey, macam mane pulak model yang kami reka ciptakan ye? dapat bayangkan tak.. 

bersambung di bahagian 2


Thursday 2 May 2013

Apa itu Harta Intelek?

Assalamualaikum dan salam jumaah semua 

kelebihan yaumul jumaah

Kalini saya nk share tentang Harta Intelek

Harta intelek dapat didefinisikan sebagai hasil ciptaan minda; reka cipta, karya seni & sastera, simbol, nama dan imej yg dgunakan dalam pdagangan.

kategori harta intelek dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian.

antara nya :

---> paten

paten merupakan hak ekslusif yg dberikan thadap sesuatu reka cipta samada satu produk atau satu proses untuk mhasilkan cara baru bagi mbuat sesuatu untuk pnyelesaian teknikal thadap sesuatu masalah.

Apple patent iOS

---> cap dagangan

tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain

various trademark


---> reka bentuk perindustrian

Ciri-ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan terhadap suatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang disiapkan adalah menarik di pandangan mata



---> hak cipta

hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik karya seperti karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang telah ditetapkan.

symbol of copyright 

---> petunjuk geografi


Petunjuk yang mengenal pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ianya dikeluarkan.



kfc asalnya dari tempat yg bernama Louisville, Kentucky, United States


---> reka bentuk susun atur litar bsepadu

Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang.


---> pembaharuan utiliti

pembaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta ‘minor’ yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapatkan paten

new upgrade iPhone design on iPhone 6. maybe


---> rahsia perdagangan / maklumat yg tidak diketahui

Merupakan maklumat terlindung secara amnya tidak diketahui dikalangan atau yang tersedia ada kepada mereka yang selalunya berurusan.

ia mempunyai nilai komersil kerana maklumat tersebut adalah rahsia dan mereka mempunyai kuasa kawalan ke atas maklumat tersebut telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat tersebut sebagai rahsia.

secret ingredients of coca cola

-------------------------------------------------------------------------------------------

lepas ni kalu kita nak design suatu produk kita sendiri, jgn lupe tau untuk daftar kan produk kita tau
.
.
.
.






selamat bhujung minggu & selamat mgundi kpd semua rakyat Malaysia

05.05.2013


InsyaAllah. 

nota saya ambik dari laman web ini >> eProductDesign
Terime kasih kerana mbace
Assalamualaikum



Wednesday 1 May 2013

Apa Itu Antropometrik?


Assalamualaikum dan btemu kembali,

selepas kita mengetahui apa itu ergonomik, hari ni pula.. sy nak bekongsi ilmu mengenai apakah dia ---->>  A N T R O P O M E T R I K. 

justru, apa itu antropometrik?

Antropotmetrik merangkumi data yang terdiri daripada ciri-ciri geometri manusia. ia seperti berat, ketinggian, jangkauan, lilitan dsb. 

data antropometrik merangkumi himpunan ukuran dimensi fizikal, keupayaan dan batasan tubuh badan manusia. ia termasuk kekuatan sistem rangka otot manusia dalam pelbagai keadaan fizikal atau tatarajah. lihat sahaja contoh. sistem rangka mahupun fizikal setiap manusia berbeza beza. tetapi ketaraannya jelas boleh dibezakan berdasarkan faktor budaya mahupun keturunan. 

sebagai contoh, fizikal tubuh badan lelaki dari Asia kebiasaannya jauh lebih kecil daripada fizikal tubuh badan lelaki dari Afrika. tak hairan lah, dalam kejohanan Olimpik, lelaki dari negara Harimau Bintang itu lebih mdominasi acara olahraga kerana kelebihan dari segi fizikal mereka.

ukuran data antropometrik


Bayangkan.

anda perlu mereka cipta satu produk yg akan dgunakan oleh sekumpulan pengguna. dalam reka bentuk ini, anda perlu meletakkan tombol pintu pada ukuran ketinggian tertentu supaya dapat dicapai oleh pengguna dengan selesa dan selamat. 

Dalam kes ini, jelaslah bahawa anda satu-satunya penggunan bagi produk ini. Anda mungkin dengan selesa dapat menjangkau dan mengawal tombol pintu ini.


untuk buat pintu pun kena ketelitian supaya ia boleh dguna oleh semua


jadi, lepas ni, jika kita dalam proses mghasilkan suatu inovasi mahupun reka cipta apa apa produk, haruslah kita memberi penelitian untuk ciri antropometrik ini.

sekian sahaja pkongsian ilmu pada kali ni.

renungkan dgn mata hati kita =='

sumber ilmu disini
terimakaseh kerana membaca =)
sekian. Assalamualaikum


Monday 22 April 2013

Aktiviti Membentuk Model dengan Clay

Assalamualaikum dan btemu kembali,

harini saya nak tulis pasal aktiviti bermain atau belajar mgenai clay yang saya dan kwan kawan kelas belajar pada awal bulan empat yg lalu di bengkel fakulti kami. 

kami dperkenalkan oleh lecturer kami, puan fadila mengenai jenis clay. 

clay yang ptama ialah dperbuat dari tanah liat yang asli. ia bwarna brown. mudah keras jika dibiarkan dan jika ingin menggunapakai semula, ia hendaklah dpanaskan dalam oven yg mmg dsediakan khas utk heat kan clay tsebut bdasarkan suhu yg tlah dtetapkan.

clay yg kedua ialah paper clay. ia merupakan clay yg dperbuat daripada kertas kertas. sebetulnya, utk membentukkan model mgunakan clay jenis ini sedikit sukar bbanding brown clay kerane ia mudah keras dan tlalu elastic. 

walaubagaimanapun, semasa aktiviti bmain clay itu kami tlah belajar cara cara membentukkannye di samping merangsang idea kreatif kami semua untuk membuat model mgunakan clay.


*sewaktu aktiviti bmain clay..

hasil bentuk idea drpd clay yg dhasilkan grop kami.
puan mberi tugasan utk mbina mouse komputer yang ergonomic bdasarkan rekaan kreatif dan variasi melalui idea setiap pelajar

sekian sahja untuk kalini

same same kita renungan,




sumber : tumblr


terima kaseh

Assalamualaikum

Thursday 18 April 2013

Apa Itu Ergonomik?

Assalamualaikum wbt



kalini saya nak bkongsi tentang apa itu ergonomik. mungkin bagi kalangan pelajar, ianya merupakan sesuatu yang jarang didengar. termasuk saya. bagi kalangan dewasa, yang telah bekerja dan berpengalaman, mereka mungkin terbiasa mendengar perkataan tersebut. contohnya, bagi orang dewasa, pemilihan untuk sesuatu produk seperti kerusi, tilam, bantal, pakaian dan apa apa peralatan pun perlu lah mengikut keperluan dan kesesuaian nilai ergonomik yang sesuai dengan fizikal dan keselesaan mereka.

apa itu ergonomik? 

ergonomik asalnya ialah dari perkataan greek. iaitu gabungan 'ergo' (kerja) dan 'nomos' (peraturan).


Pada tahun 1961, Persatuan Ergonomik Antarabangsa (International Ergonomics Association, IEA) telah diwujudkan.

ia bertujuan untuk mereka bentuk kelengkapan, sistem teknikal dan kerja-kerja yang dapat mempertingkatkan keselamatan, kesihatan, keselesaan dan pelaksanaan manusia

banyak lagi sebenarnya pengetahuan dan definisi mengenai ergonomik ini yang boleh kita perolehi. untuk lebih lanjut mengenai ilmu ergonomik ini, bolehlah klik ke laman eProductDesign yang mana, ia merupakan sebuah website yang lengkap mengenai ilmu rekacipta ini dan sangat bmanfaat untuk pelajar dan designers. 

apa kata kita relax kan minda kita dengan gambar gambar tentang penciptaan produk masakini yang memenuhi keperluan ergonomik manusia. disamping produk tersebut memudahkan manusia, ia juga memberi faedah jangka masa lama terutama pada sudut kesihatan manusia.

antara produk ergonomik ciptaan masa kini :


#1
rekaan scop tanah yang sangat bagus. sesuai dengan fizikal tangan manusia. terutamanya bagi warga emas yang suka berkebun di halaman rumah mereka pada waktu pagi atau petang hari. disamping memberi keselesaan kepada mereka, ianya memberikan mood yang seronok kepada mereka untuk mengisi masa lapang dengan baik dan santai.

#2.
rekaan keyboard yang sangat menepati fizikal kedua belah tangan dan jari manusia. kawasan datar di ruang bawah keyboard itu memudahkan pengguna nya meletakkan kedua tangan dalam keadaan yang selesa terutama untuk mereka yang menghadap komputer pada masa yang lama.

#3
zaman sekarang ni, bidang medic pun semakin bkembang selaras dengan zaman IT. justru, kerusi baring yang digunakan di bidang dentistry ni pun mengalami revolusi. zaman dulu, keadaan tilam baring nya hanya lah statik. tapi pada masa kini, ia boleh di ubah dan alih kedudukannya mengikut kesesuaian fizikal pesakit gigi tersebut. ia juga memberi keselesaan kepada pesakit gigi yang mengurangkan kesakitan gigi apabila dicabut oleh doktor gigi. 

#4
mungkin ciptaan ini agak biasa. tapi saya amat tertarik dengan penciptaan dan design nya. ini kerana kerusi tersebut direka mengikut kesesuaian ergonomik fizikal manusia tersebut. contohnya, kerusi si atuk tersebut boleh menampung berat dan badan atuk tersbut, manakala kerusi cucunya pula direka bersesuaian dengan ergonomik si baby tersebut. antara kelebihan lain ciptaan ini ialah ia memberi lebih bonding time antara si atuk dan si cucu =)

#5
revolusi pen masa kini turut mengalami tempiasnya. pelbagai jenis design yang dihasilkan untuk memberi keselesaan kepada pengguna pen tersebut. rekabentuknya yang berupaya menampung jari jari pengguna memudahkan penulisan pengguna dan menggalakkan cara kerja yang harmoni tanpa ketidakselesaan pada tulang jari dan tangan.

#6 
kini, selipar juga direka bentuk mengikut kesesuaian dan keselesaan fizikal manusia. jika dahulu, fokus utama pciptaan selipar ialah hanya kelihatan bentuk yang cantik tanpa mengambil berat mengenai ergonomik ciptaan selipar tersebut. sebagai pengguna, kita boleh memilih pelbagai jenis selipar atau kasut yang selesa dan ergonomik melalui bentuk kaki dan keupayaan nya menampung berat badan kita. beli lah selipar yang mampu untuk mngurangkan kesakitan kaki kita. biarlah harga nya mahal sedikit bbanding seliper biasa, tapi ia bbaloi sebab 'ksihatan dapat membeli kekayaan, tetapi mustahil kekayaan dapat membeli kesihatan'

sekian sahja pkongsian ilmu mgenai ilmu ergonomik pada kali ini. lepas ni saya akan kongsi mengenai ilmu antropometrik pula dan aktiviti mbuat clay semasa di bengkel rc.

-----------------------------------------------------------------------------------------

tup tup tup, sekarang dah bulan empat, kejap je mase blalu. bulan enam ni final untuk sem4. byknye diri dduga. kurang lebih 90 hari lagi ramadhan akan muncul kan. 

.
.
.


~Rabbi Yassir Wala Tuassir~


terima kasih kerana sudi membaca!

Assalamualaikum