Thursday 2 May 2013

Apa itu Harta Intelek?

Assalamualaikum dan salam jumaah semua 

kelebihan yaumul jumaah

Kalini saya nk share tentang Harta Intelek

Harta intelek dapat didefinisikan sebagai hasil ciptaan minda; reka cipta, karya seni & sastera, simbol, nama dan imej yg dgunakan dalam pdagangan.

kategori harta intelek dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian.

antara nya :

---> paten

paten merupakan hak ekslusif yg dberikan thadap sesuatu reka cipta samada satu produk atau satu proses untuk mhasilkan cara baru bagi mbuat sesuatu untuk pnyelesaian teknikal thadap sesuatu masalah.

Apple patent iOS

---> cap dagangan

tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain

various trademark


---> reka bentuk perindustrian

Ciri-ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan terhadap suatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang disiapkan adalah menarik di pandangan mata



---> hak cipta

hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik karya seperti karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang telah ditetapkan.

symbol of copyright 

---> petunjuk geografi


Petunjuk yang mengenal pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ianya dikeluarkan.



kfc asalnya dari tempat yg bernama Louisville, Kentucky, United States


---> reka bentuk susun atur litar bsepadu

Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang.


---> pembaharuan utiliti

pembaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta ‘minor’ yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapatkan paten

new upgrade iPhone design on iPhone 6. maybe


---> rahsia perdagangan / maklumat yg tidak diketahui

Merupakan maklumat terlindung secara amnya tidak diketahui dikalangan atau yang tersedia ada kepada mereka yang selalunya berurusan.

ia mempunyai nilai komersil kerana maklumat tersebut adalah rahsia dan mereka mempunyai kuasa kawalan ke atas maklumat tersebut telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat tersebut sebagai rahsia.

secret ingredients of coca cola

-------------------------------------------------------------------------------------------

lepas ni kalu kita nak design suatu produk kita sendiri, jgn lupe tau untuk daftar kan produk kita tau
.
.
.
.






selamat bhujung minggu & selamat mgundi kpd semua rakyat Malaysia

05.05.2013


InsyaAllah. 

nota saya ambik dari laman web ini >> eProductDesign
Terime kasih kerana mbace
Assalamualaikum



No comments:

Post a Comment