Monday 18 February 2013

My Beginning

Assalamualaikum

Dalam ruangan pertama ni, tak tahu nak tulis ape. sebab on the spot buat blog nih. Ini semua daripada subjek SPPE 2032. subjek Rekacipta. hari ni juga first time masuk class nih dalam semester 4 ni. class hari ni mula pukul 8.00 pagi dekat Studio Rekacipta nun jauh dekat blok n30 fak.pendidikan kat atas bukit belakang bangunan fkksa sane. 

subjek Rekacipta nih, kena ambil oleh semua orang pelajar fak.pendidikan. dalam seksyen kali ni, Puan Nor Fadila sebagai pensyarah yang akan mengajar subjek nih. bagi saye, takjadi masalah sangat kalau Puan Fadila as lecturer yang akan ngajar subjek nih sebab Puan Fadila memang sorang pensyarah yang bepengalaman dalam bidang-2 teknik vokasional nih. semester semester lepas pun, berdasarkan pengalaman saye sewaktu Puan Fadila ngajar subjek lepas, banyak ilmu dan pengalaman baru yang saye dengan kawan kawan peroleh. lagi satu, puan fadila bukanlah sorang lecturer yang lokek dengan ilmu. maksud saye, setiap kali di class puan fadila, ada saje info au maklumat baru yang saye peroleh. puan fadila jugek sangat best lah. insyaAllah, markah gred untuk subjek nih pun akan okey. percaye la. 

dalam class hari ni saje dah dapat tugasan. sebelum tu, puan fadila ada terangkan learning outcomes untuk subjek nih yaitu input dan output yang akan diperoleh pelajar dan pensyarah. lepas tu, puan terangkan juge mengenai sistem pemarkahan subjek nih. Puan juga mengumumkan tema rekacipta yang akan kami hasilkan iaitu 'Industri Kecil Sederhana' atau singkat nya sebagai IKS. setiap pelajar perlu membahagi kan kepada kumpulan. perlu ade tiga atau empat orang per group. oleh itu, puan memberi kebebasan kepada setiap orang pelajar untuk memilih sendiri ahli kumpulan nya. ini memberi peluang kepada setiap pelajar untuk membuat keputusan dengan baik yakni sewaktu memilih siapa yang menjadi ahli kumpulan nya.

bagi saye, ia sangat penting kerana ia membolehkan kita berada dalam keadaan tenang dan rase seronoknya sewaktu menghasilkan assignment dalam subjek ini. walaupun begitu, puan jugek ade menasihatkan supaya pelajar bertukar tukar pengalaman iaitu bertukar ahli kumpulan yang baru pule untuk subjek ini. puan mungkin bermaksud untuk menyuruh pelajarnye merasai pengalaman kejasama bersama rakan rakan yang lain pule. tidak lah asyik sama dengan kawan yang serupa je dari awal semester 1 sampai lah sekaran iaitu semester 4 nih. 

mengenai tugasan yang puan dah berikan kepada kami di minggu first nih iaitu setiap pelajar masing masing by individu perlu membuat sketching 30 lukisan. apa apa lukisan yang terlintas di fikiran waktu nak buat sketching itu. ikut je, apa apa lukisan pun. botol air ke, laptop ke, ikut r ape pun. lukisan tuh mesti di atas kertas a3. a3 paper. 

lagi satu, puan suruh setiap pelajar masing masing individually perlu buat satu blog baru untuk ceritakan setiap apa yang di lakukan dan di pelajari dalam subjek nih. dan, nilah blog saya. sebab tu saye dan kawan masing masing buat blog. janagan ingat buat blog nih untuk suka suka sebab sesuatu kerja kalau niat yang kosong takde membawa makna dan hasil yang baik di akhir perjalanan nya nanti. assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment