Wednesday 1 May 2013

Apa Itu Antropometrik?


Assalamualaikum dan btemu kembali,

selepas kita mengetahui apa itu ergonomik, hari ni pula.. sy nak bekongsi ilmu mengenai apakah dia ---->>  A N T R O P O M E T R I K. 

justru, apa itu antropometrik?

Antropotmetrik merangkumi data yang terdiri daripada ciri-ciri geometri manusia. ia seperti berat, ketinggian, jangkauan, lilitan dsb. 

data antropometrik merangkumi himpunan ukuran dimensi fizikal, keupayaan dan batasan tubuh badan manusia. ia termasuk kekuatan sistem rangka otot manusia dalam pelbagai keadaan fizikal atau tatarajah. lihat sahaja contoh. sistem rangka mahupun fizikal setiap manusia berbeza beza. tetapi ketaraannya jelas boleh dibezakan berdasarkan faktor budaya mahupun keturunan. 

sebagai contoh, fizikal tubuh badan lelaki dari Asia kebiasaannya jauh lebih kecil daripada fizikal tubuh badan lelaki dari Afrika. tak hairan lah, dalam kejohanan Olimpik, lelaki dari negara Harimau Bintang itu lebih mdominasi acara olahraga kerana kelebihan dari segi fizikal mereka.

ukuran data antropometrik


Bayangkan.

anda perlu mereka cipta satu produk yg akan dgunakan oleh sekumpulan pengguna. dalam reka bentuk ini, anda perlu meletakkan tombol pintu pada ukuran ketinggian tertentu supaya dapat dicapai oleh pengguna dengan selesa dan selamat. 

Dalam kes ini, jelaslah bahawa anda satu-satunya penggunan bagi produk ini. Anda mungkin dengan selesa dapat menjangkau dan mengawal tombol pintu ini.


untuk buat pintu pun kena ketelitian supaya ia boleh dguna oleh semua


jadi, lepas ni, jika kita dalam proses mghasilkan suatu inovasi mahupun reka cipta apa apa produk, haruslah kita memberi penelitian untuk ciri antropometrik ini.

sekian sahaja pkongsian ilmu pada kali ni.

renungkan dgn mata hati kita =='

sumber ilmu disini
terimakaseh kerana membaca =)
sekian. Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment