Saturday 23 February 2013

Kreativiti Idea

Assalamualaikum

Permulaan pada sebuah penghasilan sesuatu ialah mestinya adanya 2 perkara mungkin. Ianya ialah CREATIVITY dan CURIOSITY. Mungkin tidak dengan kedua duanya. mungkin salah satu dari nya sahaja samada hanya Creativity atau Curiosity sahaja. terpulang pada keutamaan dan kegunaan kedua duanya.

Pada kali ini kami diberi tugasan oleh Puan Fadila yang mungkin agak seronok untuk disiapkan. ini kerana kami perlu menghasilkan 30 lukisan sketching yang terpulang lah pada masing masing untuk sketch tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran masing masing. dengan cara ini, ia memberi peluang kepada kami melontarkan creativity kami sendiri tanpa perlu terikat pada suatu tema atau dalam lingkaran pemikiran yang sempit dan terbatas.

words

Yang mana satu menjadi keutamaan ? Creativity first atau Curiosity first ?

sebenarnya, ia terpulang pada tujuan dan keadaan masing masing. Creativity and Curiosity are cousins. kedua nya mempunyai persamaan tetapi juga mempunyai perbezaan. 
kreativiti dalam pelbagai dimensi idea

Creativity merupakan suatu kebolehan dan keupayaan untuk mencipta, menghasilkan dan membuat suatu yang baru berdasarkan tahap dan kemahiran individu atau kumpulan tersebut berimaginasi.

Melalui creativity, individu dapat melahirkan idea yang unik dan menarik melalui keupayaan berfikir secara kritikal dalam mengemukakan penyelesaian.
keupayaan mereka berfikir secara terbuka dapat diterjemahkan kepada idea dan teori dalam sama sekali diterjemahkan kepada bentuk aplikasi.

Manakala, curiosity yang bermaksud sifat dan perasaan ingin tahu juga dapat diterjemahkan kepada idea berdasarkan creativity tersendiri. seseorang yang tidak kreatif tetapi mempunyai tahap curiosity yang tinggi akan mampu untuk menghasilkan idea yang diinginkan mereka. dan, seseorang yang kreatif tetapi tidak mempunyai curiosity yang tinggi juga akan mampu menterjemahkan idea yang mereka ingini. 

sebenarnya, ia terpulang kepada pendirian masing masing mengenai kreativiti dalam penghasilan sesuatu idea. masing masing mempunyai pengalaman hidup dan faktor luaran yang berbeza beza berdasarkan keupayaan tersendiri.

setiap manusia berbeza beza


move on to sketching time!


...Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment