Friday, 31 May 2013

Aktiviti Menghasilkan Model #Bahagian1

Assalamualaikum,


dah lama tak update blog. 

selama kami berada dalam subjek ini, kami telah diberikan tugasan iaitu untuk menghasilkan model rekacipta mengenai tajuk kajian kami iaitu IKS..

kami dah memilih iaitu untuk mhasilkan model acuan kuih gendang kasturi..ade sape-2 tak kenal kuih ni macam mane? ni dia kuih gendang kasturi,,,

kuih yang sedap di makan waktu petang dengan kopi o panas

okey, macam mane pulak model yang kami reka ciptakan ye? dapat bayangkan tak.. 

bersambung di bahagian 2


Thursday, 2 May 2013

Apa itu Harta Intelek?

Assalamualaikum dan salam jumaah semua 

kelebihan yaumul jumaah

Kalini saya nk share tentang Harta Intelek

Harta intelek dapat didefinisikan sebagai hasil ciptaan minda; reka cipta, karya seni & sastera, simbol, nama dan imej yg dgunakan dalam pdagangan.

kategori harta intelek dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian.

antara nya :

---> paten

paten merupakan hak ekslusif yg dberikan thadap sesuatu reka cipta samada satu produk atau satu proses untuk mhasilkan cara baru bagi mbuat sesuatu untuk pnyelesaian teknikal thadap sesuatu masalah.

Apple patent iOS

---> cap dagangan

tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain

various trademark


---> reka bentuk perindustrian

Ciri-ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan terhadap suatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang disiapkan adalah menarik di pandangan mata



---> hak cipta

hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik karya seperti karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang telah ditetapkan.

symbol of copyright 

---> petunjuk geografi


Petunjuk yang mengenal pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ianya dikeluarkan.



kfc asalnya dari tempat yg bernama Louisville, Kentucky, United States


---> reka bentuk susun atur litar bsepadu

Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang.


---> pembaharuan utiliti

pembaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta ‘minor’ yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapatkan paten

new upgrade iPhone design on iPhone 6. maybe


---> rahsia perdagangan / maklumat yg tidak diketahui

Merupakan maklumat terlindung secara amnya tidak diketahui dikalangan atau yang tersedia ada kepada mereka yang selalunya berurusan.

ia mempunyai nilai komersil kerana maklumat tersebut adalah rahsia dan mereka mempunyai kuasa kawalan ke atas maklumat tersebut telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat tersebut sebagai rahsia.

secret ingredients of coca cola

-------------------------------------------------------------------------------------------

lepas ni kalu kita nak design suatu produk kita sendiri, jgn lupe tau untuk daftar kan produk kita tau
.
.
.
.






selamat bhujung minggu & selamat mgundi kpd semua rakyat Malaysia

05.05.2013


InsyaAllah. 

nota saya ambik dari laman web ini >> eProductDesign
Terime kasih kerana mbace
Assalamualaikum



Wednesday, 1 May 2013

Apa Itu Antropometrik?


Assalamualaikum dan btemu kembali,

selepas kita mengetahui apa itu ergonomik, hari ni pula.. sy nak bekongsi ilmu mengenai apakah dia ---->>  A N T R O P O M E T R I K. 

justru, apa itu antropometrik?

Antropotmetrik merangkumi data yang terdiri daripada ciri-ciri geometri manusia. ia seperti berat, ketinggian, jangkauan, lilitan dsb. 

data antropometrik merangkumi himpunan ukuran dimensi fizikal, keupayaan dan batasan tubuh badan manusia. ia termasuk kekuatan sistem rangka otot manusia dalam pelbagai keadaan fizikal atau tatarajah. lihat sahaja contoh. sistem rangka mahupun fizikal setiap manusia berbeza beza. tetapi ketaraannya jelas boleh dibezakan berdasarkan faktor budaya mahupun keturunan. 

sebagai contoh, fizikal tubuh badan lelaki dari Asia kebiasaannya jauh lebih kecil daripada fizikal tubuh badan lelaki dari Afrika. tak hairan lah, dalam kejohanan Olimpik, lelaki dari negara Harimau Bintang itu lebih mdominasi acara olahraga kerana kelebihan dari segi fizikal mereka.

ukuran data antropometrik


Bayangkan.

anda perlu mereka cipta satu produk yg akan dgunakan oleh sekumpulan pengguna. dalam reka bentuk ini, anda perlu meletakkan tombol pintu pada ukuran ketinggian tertentu supaya dapat dicapai oleh pengguna dengan selesa dan selamat. 

Dalam kes ini, jelaslah bahawa anda satu-satunya penggunan bagi produk ini. Anda mungkin dengan selesa dapat menjangkau dan mengawal tombol pintu ini.


untuk buat pintu pun kena ketelitian supaya ia boleh dguna oleh semua


jadi, lepas ni, jika kita dalam proses mghasilkan suatu inovasi mahupun reka cipta apa apa produk, haruslah kita memberi penelitian untuk ciri antropometrik ini.

sekian sahaja pkongsian ilmu pada kali ni.

renungkan dgn mata hati kita =='

sumber ilmu disini
terimakaseh kerana membaca =)
sekian. Assalamualaikum


Monday, 22 April 2013

Aktiviti Membentuk Model dengan Clay

Assalamualaikum dan btemu kembali,

harini saya nak tulis pasal aktiviti bermain atau belajar mgenai clay yang saya dan kwan kawan kelas belajar pada awal bulan empat yg lalu di bengkel fakulti kami. 

kami dperkenalkan oleh lecturer kami, puan fadila mengenai jenis clay. 

clay yang ptama ialah dperbuat dari tanah liat yang asli. ia bwarna brown. mudah keras jika dibiarkan dan jika ingin menggunapakai semula, ia hendaklah dpanaskan dalam oven yg mmg dsediakan khas utk heat kan clay tsebut bdasarkan suhu yg tlah dtetapkan.

clay yg kedua ialah paper clay. ia merupakan clay yg dperbuat daripada kertas kertas. sebetulnya, utk membentukkan model mgunakan clay jenis ini sedikit sukar bbanding brown clay kerane ia mudah keras dan tlalu elastic. 

walaubagaimanapun, semasa aktiviti bmain clay itu kami tlah belajar cara cara membentukkannye di samping merangsang idea kreatif kami semua untuk membuat model mgunakan clay.


*sewaktu aktiviti bmain clay..

hasil bentuk idea drpd clay yg dhasilkan grop kami.
puan mberi tugasan utk mbina mouse komputer yang ergonomic bdasarkan rekaan kreatif dan variasi melalui idea setiap pelajar

sekian sahja untuk kalini

same same kita renungan,




sumber : tumblr


terima kaseh

Assalamualaikum

Thursday, 18 April 2013

Apa Itu Ergonomik?

Assalamualaikum wbt



kalini saya nak bkongsi tentang apa itu ergonomik. mungkin bagi kalangan pelajar, ianya merupakan sesuatu yang jarang didengar. termasuk saya. bagi kalangan dewasa, yang telah bekerja dan berpengalaman, mereka mungkin terbiasa mendengar perkataan tersebut. contohnya, bagi orang dewasa, pemilihan untuk sesuatu produk seperti kerusi, tilam, bantal, pakaian dan apa apa peralatan pun perlu lah mengikut keperluan dan kesesuaian nilai ergonomik yang sesuai dengan fizikal dan keselesaan mereka.

apa itu ergonomik? 

ergonomik asalnya ialah dari perkataan greek. iaitu gabungan 'ergo' (kerja) dan 'nomos' (peraturan).


Pada tahun 1961, Persatuan Ergonomik Antarabangsa (International Ergonomics Association, IEA) telah diwujudkan.

ia bertujuan untuk mereka bentuk kelengkapan, sistem teknikal dan kerja-kerja yang dapat mempertingkatkan keselamatan, kesihatan, keselesaan dan pelaksanaan manusia

banyak lagi sebenarnya pengetahuan dan definisi mengenai ergonomik ini yang boleh kita perolehi. untuk lebih lanjut mengenai ilmu ergonomik ini, bolehlah klik ke laman eProductDesign yang mana, ia merupakan sebuah website yang lengkap mengenai ilmu rekacipta ini dan sangat bmanfaat untuk pelajar dan designers. 

apa kata kita relax kan minda kita dengan gambar gambar tentang penciptaan produk masakini yang memenuhi keperluan ergonomik manusia. disamping produk tersebut memudahkan manusia, ia juga memberi faedah jangka masa lama terutama pada sudut kesihatan manusia.

antara produk ergonomik ciptaan masa kini :


#1
rekaan scop tanah yang sangat bagus. sesuai dengan fizikal tangan manusia. terutamanya bagi warga emas yang suka berkebun di halaman rumah mereka pada waktu pagi atau petang hari. disamping memberi keselesaan kepada mereka, ianya memberikan mood yang seronok kepada mereka untuk mengisi masa lapang dengan baik dan santai.

#2.
rekaan keyboard yang sangat menepati fizikal kedua belah tangan dan jari manusia. kawasan datar di ruang bawah keyboard itu memudahkan pengguna nya meletakkan kedua tangan dalam keadaan yang selesa terutama untuk mereka yang menghadap komputer pada masa yang lama.

#3
zaman sekarang ni, bidang medic pun semakin bkembang selaras dengan zaman IT. justru, kerusi baring yang digunakan di bidang dentistry ni pun mengalami revolusi. zaman dulu, keadaan tilam baring nya hanya lah statik. tapi pada masa kini, ia boleh di ubah dan alih kedudukannya mengikut kesesuaian fizikal pesakit gigi tersebut. ia juga memberi keselesaan kepada pesakit gigi yang mengurangkan kesakitan gigi apabila dicabut oleh doktor gigi. 

#4
mungkin ciptaan ini agak biasa. tapi saya amat tertarik dengan penciptaan dan design nya. ini kerana kerusi tersebut direka mengikut kesesuaian ergonomik fizikal manusia tersebut. contohnya, kerusi si atuk tersebut boleh menampung berat dan badan atuk tersbut, manakala kerusi cucunya pula direka bersesuaian dengan ergonomik si baby tersebut. antara kelebihan lain ciptaan ini ialah ia memberi lebih bonding time antara si atuk dan si cucu =)

#5
revolusi pen masa kini turut mengalami tempiasnya. pelbagai jenis design yang dihasilkan untuk memberi keselesaan kepada pengguna pen tersebut. rekabentuknya yang berupaya menampung jari jari pengguna memudahkan penulisan pengguna dan menggalakkan cara kerja yang harmoni tanpa ketidakselesaan pada tulang jari dan tangan.

#6 
kini, selipar juga direka bentuk mengikut kesesuaian dan keselesaan fizikal manusia. jika dahulu, fokus utama pciptaan selipar ialah hanya kelihatan bentuk yang cantik tanpa mengambil berat mengenai ergonomik ciptaan selipar tersebut. sebagai pengguna, kita boleh memilih pelbagai jenis selipar atau kasut yang selesa dan ergonomik melalui bentuk kaki dan keupayaan nya menampung berat badan kita. beli lah selipar yang mampu untuk mngurangkan kesakitan kaki kita. biarlah harga nya mahal sedikit bbanding seliper biasa, tapi ia bbaloi sebab 'ksihatan dapat membeli kekayaan, tetapi mustahil kekayaan dapat membeli kesihatan'

sekian sahja pkongsian ilmu mgenai ilmu ergonomik pada kali ini. lepas ni saya akan kongsi mengenai ilmu antropometrik pula dan aktiviti mbuat clay semasa di bengkel rc.

-----------------------------------------------------------------------------------------

tup tup tup, sekarang dah bulan empat, kejap je mase blalu. bulan enam ni final untuk sem4. byknye diri dduga. kurang lebih 90 hari lagi ramadhan akan muncul kan. 

.
.
.


~Rabbi Yassir Wala Tuassir~


terima kasih kerana sudi membaca!

Assalamualaikum


Saturday, 30 March 2013

berpagi-an

morning

Water, Fire, Air, Wind.
This is the best proof that the earth is a sphere!

.
.
.
ideas is loading....

~rabbi yassir wa la tuassir~

Monday, 25 March 2013

Pemilihan warna dalam reka bentuk

Assalamualaikum,


hari ini saye nak share pengetahuan mgenai warna..bukan warne warni kehidupan,,,tapi warne warni yang berkaitan dengan sesebuah pemilihan warne dalam sesuatu produk...

pernahkah kita bfikir kenapa kebanyakan syarikat syarikat besar amat mementingkan warne dalam logo atau  cetakan produk mereka? adakah syarikat syarikat besar ini selalu menukar-nukar warna tema pada setiap kali proses percetakan dan penghasilan produk dilakukan..?? tidak kan? sebab mereka telah tetapkan satu warna rasmi dalam produk mereka yang dirasakan amat sesuai dengan produk mereka dan dapat mjamin n menarik perhatian pelanggan & pguna mereka..

apa kata jom kita tengok jadual psikologi warna melalui gambar ini -->

sumber gambar : sini

nampak kan? pemilihan warna yg penting dapat memberikan psikologi kpada setiap orang yang melihatnya. dan, gambar seterusnye juga menunjukkan yg setiap warna mpunyai makna dan psikologi sendiri. pemilihan warna sangat penting, kerana tak semua tempat boleh mgunakan warna yang sama sebabnye setiap warna bbeza beza ransangannya. 

ada warna yg bile kita tenung lama lama dapat tenangkan jiwa kita, tapi ada warna yg bile kita pandang skejap je pun tapi mbuatkan pemikiran kita kusut..

itu sebabnya dan hikmahnya dunia ciptaan The Almighty, Allah s.w.t ini berwarna warni :) , untuk menampung kekurangan n kelebihan sesama yang lain.


sumber gambar : sini


sekarang, kita semua dah dapat pengetahuan mengenai warna kan? ape kata, lepas ni jom sama sama pilih warna yg sesuai untuk psekitaran kita. bukan saja mberi psikologi yang sihat n baik kepada diri kita, malah jugak kepada orang yg berada di sekeliling kita..becoz sharing is caring, caring is kindness.

lepas ni sewaktu nak buat rekacipta, jangan lupa untuk pemilihan warna yang sesuai dengan reka cipta yang nak dhasilkan ini..

*sedikit info: perasan tak kenape ada yg eja 'color' atau 'colour' ?? kenape ye? yg mane satu betul ni? ok, perkataan color & colour same sahje maksudnye, n keduanya boleh diguna dlm english.. yg bezanye ialah English Amerika gune 'color' and English British pulak gune as 'colour'... <-- info ni lecturer math kat matrik, cikgu nuraini yg bgtahu dulu..

see? me no u true colors deeply all in out tru ze color



sekian sahje kali ni, thankyou for reading.
Assalamualaikum