dan selamat pagi, harini baru lah saya ad kesempatan nak menaip tentang survey IKS yang group kami nak buat..
pade dua kali jumaat yang lepas yaitu 8 mac 2013, sempena hari wanita sedunia.. kami yaitu 6 orang dan terbahgi pada 2 group telah ke Pontian dengan satu misi yang same adalah untuk mendapatkan dan mencari masalah untuk projek kami.. misi kami adalah untuk mencari pernyataan masalah di tempat IKS yang kami pergi tersebut dan mengenalpasti perkara dan masalah yang boleh kami baiki.
contohnya, seperti kami boleh ngenal pasti masalah sewaktu kerja pemprosesan produk tersebut dijalankan dan menyelesaikannya dengan mencipta satu rekacipta yang lebih baik dan memudahkan kerja berbanding rekacipta yang sedia ada yang digunakan sekarang.
---------------------------------------------------------------------------------------------
# iks 1 [nenas]
sebuah IKS yang terletak di parit selangor, pontian yang menjalankan perusahaan berasaskan nenas..di usahakan oleh pak cik sadikon dan isteri.
di belakang kedai yang menjual produk nenas beliau, terdapat sebuah kilang kecil yang digunakan untuk mengasilkan produk daripada nenas. daripada mesin untuk memblend kan nenas hingga lah kpd mesin packaging produk.
iks perusahaan berasaskan nenas
# iks 2 [frozenfood]
lepas ke iks 1 dan lepas berehat rehat, sembahyang dan sbg nye, kami ke sebuah iks lain yang menjalankan perusahaan makanan berasaskan frozen food..ianya diusahakan oleh seorang wanita iaitu iks Anor's Food.
di sini, terdapat pelbagai pilihan makanan frozen food yg dijual dan dihasilkan sendiri oleh Anor's Food ini yg terletak di Medan Sari, Pontian.
disini juga kami mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi sewaktu proses menghasilkan makanan sejuk beku ini, contohnye sepeti kekurangan alat terap yang praktikal, mesin terap kuih yang manual dan tempoh masa yang lama untuk menyiapkan makanan tsebut...
iks yang mengusahakan produk makanan segera sejuk beku
# iks 3 [kek, donut dsb]
lepas kami mlawat iks 2, kami dibawa pula ke iks ke 3 yang jauhnye cume selang beberapa buah rumah sahje dari iks 2 takdi.. di iks 3 ini, ianya lebih kpd perusahaan kecil-kecilan yang diusahakan di rumah sahje. berbeza dgn iks sblumnya yg mpunyai stor atau bilik kecik utk kerja-kerja pprosesan mereka.
iks 3 yang kami lawat ini ialah Zainab's Cake yang diusahakan oleh seorang pakcik yg merupakan bekas tentera bersama isteri & keluarge nye. pengusahaan dibuat hanye di dapur rumah nye sahje.
Zainab's Cake mgusahakan makanan sperti kek, muffin, donut dsb.. mereka juga menerima tempahan terutama utk majlis tunang dan kahwin.
antara masalah yang diceritakan pakcik ini ialah mengenai penghasilan kuih donut yang lebih sistematik dan efisien.. kami juga sempat merasa keenakan donut dan muffin yang Zainab's Cake ini hasilkan.
iks 3 Zainab's Cake
---------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah,
sepanjang perjalanan ke tempat iks.. kami dipermudahkan oleh Nya.
terima kaseh kpd makcik dan pakcik di iks yg sangat mberi kerjasama dan ramah santun kpd kami ini. terima kaseh jugak kpd makcik dan pakcik angkat ahli group sy yaitu kakzati yg banyak membantu kami spanjang misi kami ke iks ini. moga Allah dapat mbalas kbaikan mereka.
dan sekarang, masa kami mbuat discussion sesama ahli kump. utk membincangkan pernyataan masalah melalui kajian lapangan yg telah di lawati...
..Terima kaseh kerana membaca dan Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment