Thursday, 18 April 2013

Apa Itu Ergonomik?

Assalamualaikum wbt



kalini saya nak bkongsi tentang apa itu ergonomik. mungkin bagi kalangan pelajar, ianya merupakan sesuatu yang jarang didengar. termasuk saya. bagi kalangan dewasa, yang telah bekerja dan berpengalaman, mereka mungkin terbiasa mendengar perkataan tersebut. contohnya, bagi orang dewasa, pemilihan untuk sesuatu produk seperti kerusi, tilam, bantal, pakaian dan apa apa peralatan pun perlu lah mengikut keperluan dan kesesuaian nilai ergonomik yang sesuai dengan fizikal dan keselesaan mereka.

apa itu ergonomik? 

ergonomik asalnya ialah dari perkataan greek. iaitu gabungan 'ergo' (kerja) dan 'nomos' (peraturan).


Pada tahun 1961, Persatuan Ergonomik Antarabangsa (International Ergonomics Association, IEA) telah diwujudkan.

ia bertujuan untuk mereka bentuk kelengkapan, sistem teknikal dan kerja-kerja yang dapat mempertingkatkan keselamatan, kesihatan, keselesaan dan pelaksanaan manusia

banyak lagi sebenarnya pengetahuan dan definisi mengenai ergonomik ini yang boleh kita perolehi. untuk lebih lanjut mengenai ilmu ergonomik ini, bolehlah klik ke laman eProductDesign yang mana, ia merupakan sebuah website yang lengkap mengenai ilmu rekacipta ini dan sangat bmanfaat untuk pelajar dan designers. 

apa kata kita relax kan minda kita dengan gambar gambar tentang penciptaan produk masakini yang memenuhi keperluan ergonomik manusia. disamping produk tersebut memudahkan manusia, ia juga memberi faedah jangka masa lama terutama pada sudut kesihatan manusia.

antara produk ergonomik ciptaan masa kini :


#1
rekaan scop tanah yang sangat bagus. sesuai dengan fizikal tangan manusia. terutamanya bagi warga emas yang suka berkebun di halaman rumah mereka pada waktu pagi atau petang hari. disamping memberi keselesaan kepada mereka, ianya memberikan mood yang seronok kepada mereka untuk mengisi masa lapang dengan baik dan santai.

#2.
rekaan keyboard yang sangat menepati fizikal kedua belah tangan dan jari manusia. kawasan datar di ruang bawah keyboard itu memudahkan pengguna nya meletakkan kedua tangan dalam keadaan yang selesa terutama untuk mereka yang menghadap komputer pada masa yang lama.

#3
zaman sekarang ni, bidang medic pun semakin bkembang selaras dengan zaman IT. justru, kerusi baring yang digunakan di bidang dentistry ni pun mengalami revolusi. zaman dulu, keadaan tilam baring nya hanya lah statik. tapi pada masa kini, ia boleh di ubah dan alih kedudukannya mengikut kesesuaian fizikal pesakit gigi tersebut. ia juga memberi keselesaan kepada pesakit gigi yang mengurangkan kesakitan gigi apabila dicabut oleh doktor gigi. 

#4
mungkin ciptaan ini agak biasa. tapi saya amat tertarik dengan penciptaan dan design nya. ini kerana kerusi tersebut direka mengikut kesesuaian ergonomik fizikal manusia tersebut. contohnya, kerusi si atuk tersebut boleh menampung berat dan badan atuk tersbut, manakala kerusi cucunya pula direka bersesuaian dengan ergonomik si baby tersebut. antara kelebihan lain ciptaan ini ialah ia memberi lebih bonding time antara si atuk dan si cucu =)

#5
revolusi pen masa kini turut mengalami tempiasnya. pelbagai jenis design yang dihasilkan untuk memberi keselesaan kepada pengguna pen tersebut. rekabentuknya yang berupaya menampung jari jari pengguna memudahkan penulisan pengguna dan menggalakkan cara kerja yang harmoni tanpa ketidakselesaan pada tulang jari dan tangan.

#6 
kini, selipar juga direka bentuk mengikut kesesuaian dan keselesaan fizikal manusia. jika dahulu, fokus utama pciptaan selipar ialah hanya kelihatan bentuk yang cantik tanpa mengambil berat mengenai ergonomik ciptaan selipar tersebut. sebagai pengguna, kita boleh memilih pelbagai jenis selipar atau kasut yang selesa dan ergonomik melalui bentuk kaki dan keupayaan nya menampung berat badan kita. beli lah selipar yang mampu untuk mngurangkan kesakitan kaki kita. biarlah harga nya mahal sedikit bbanding seliper biasa, tapi ia bbaloi sebab 'ksihatan dapat membeli kekayaan, tetapi mustahil kekayaan dapat membeli kesihatan'

sekian sahja pkongsian ilmu mgenai ilmu ergonomik pada kali ini. lepas ni saya akan kongsi mengenai ilmu antropometrik pula dan aktiviti mbuat clay semasa di bengkel rc.

-----------------------------------------------------------------------------------------

tup tup tup, sekarang dah bulan empat, kejap je mase blalu. bulan enam ni final untuk sem4. byknye diri dduga. kurang lebih 90 hari lagi ramadhan akan muncul kan. 

.
.
.


~Rabbi Yassir Wala Tuassir~


terima kasih kerana sudi membaca!

Assalamualaikum


1 comment: