Thursday, 28 February 2013

Lakar Bebas


Assalamualaikum, 

hari ni saya nak update pasal antare tugasan awal yang di berikan oleh puan Fadila. yaitu membuat sketching sebanyak 30 bijik lakaran. 30 ? bakpe byk sampai 30 nye? macam mane nak mule sketch? tak kesah ke sketch ape ape pun? nak mule sketch ape? boleh ke idea ape ape pun? 

...

ape kata jom tengok kesemua 30 sketch drawing yang saye dah siapkan dalam tempoh masa yang singkat (sebab mengejar due time mungkin). 

kesemua nya adalah original dari hasil tangan saya sendiri. cuma mungkin sewaktu melakar saya ada melihat contoh objek atau gambaran di depan mata. 

mungkin juga sketching saya nih sangat simple dan tidak menarik bagi sesetangah orang. sebab saya tak pakai colour pencil. sebab tak dek. tapi, kita boleh pelbagai kan tone pencil yang kita guna supaya ia kelihatan menarik. tu pendapat and idea saya. mungkin anda lagi kreatif dan inovatif bebanding saya yang baru belajar ibarat buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong kaitkan...

.
.
.

#1 
lukis ayam sebab teringat ayam di rumah aki & wan.

#2 
meow,kat kolej; jiran bilik hujung bela nih
#3 
berus cat

#4 
bad bin ton


#5 
shuttlecock


#6 
kamus 

#7 
freshener

#8 
kursiyun

#9 
هدية

#10
 pin

#11 
nak lukis bola sepak senang sangat, sebab tu pilih rugby

#12 
stapler and her child

#13 
hygiene

#14
 .com.my

#15 
alarm

#16
 kettle maybe

#17
 pan

#18 
mouse. but not like mine

#19 
inspired by my hp

#20
my 2nd hp hadiah dari abah.
multifunction hp sbb boleh tengok tv~
#21
 i need this every morning..

#22 
di mana ada garpu di situ lah ada sudu

#23
 as-syajaratun

#24 
manggisteen

#25
 ini oren (burtuqaliyun)


#26 
dessert not desert

#27 
anggur au grain de raisin


 
#28 
but i like tea more

#29 
burgermbira

#30 
a piece of cake.
still on birthday mood. even pass 3 month ago

That's all for today.
Assalamualaikum..


Saturday, 23 February 2013

#1 Santai Minda

Assalamualaikum..

petang petang yang sempoi angin berbahasa ini, eloklah kita tenang kan minda jiwa dan raga dengan perkara perkara yang berfaedah. 

mari sejenak kita lihat idea kreatif pembungkusan produk yang sangat pintar dan kreatif.

Melalui packaging adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk menarik minat pembeli untuk membeli produk mereka. kali ini saya nak kongsikan contoh packaging produk yang sangat kreatif, praktikal dan pintar.

----------

lambakan produk variasi jenama tetapi fungsi nya yang sama dan hampir mirip dengan produk lain membuat pengguna jemu dengan idea produk yang sama dan tiada keseronokan untuk mencuba produk produk yang suram dan terlalu common itu.

justru, pengurusan sesebuah kilang atau syarikat yang mengeluarkan produk produk untuk pengguna haruslah kreatif dengan idea yang segar dan dapat compete dengan produk produk jenama lain.

contohnya, dapat dilihat di negara negara asia terutama japan dan korea masing masing berusaha untuk menaikkan mutu produk mereka dengan pelbagai penghasilan idea yang kreatif dan praktikal sekali gus menggalakkan pembelian dari pengguna pengguna negara masing masing.

----------

jom tengok contoh packaging produk yang unik, dengan idea yang sangat kreatif,

:
:
:

peelable bottle 'botol yang boleh dikupas'

kotak tissue yang ceria ber'perisa' buah buahan

bungkusan asam masin yang unik

packaging butter yang sangat unik dan praktikal
senang..tak payah cari pisau sapu dah 

benang colour. lawak lawak. terlalu kreatif tapi masih praktikal

kotak sabun basuh versi mini washing machine

air minuman bertenaga
tapi menakutkan

...

dan banyak lagi contoh packaging produk yang sangat kreatif dan cool. kalau nak tengok contoh contoh lain, tengok dekat blog cisdel yang berinformasi dan  memberi banyak idea kepada minda kita. 

tapi, janganlah tiru bulat bulat pada produk yang sudah ada di pasaran. guna kan kemampuan berfikir sendiri melalui kemahiran idea yang boleh mencergaskan minda kita di samping memberi satu pengalaman baru dan kepuasan untuk diri sendiri.

...Assalamualaikum.

Kreativiti Idea

Assalamualaikum

Permulaan pada sebuah penghasilan sesuatu ialah mestinya adanya 2 perkara mungkin. Ianya ialah CREATIVITY dan CURIOSITY. Mungkin tidak dengan kedua duanya. mungkin salah satu dari nya sahaja samada hanya Creativity atau Curiosity sahaja. terpulang pada keutamaan dan kegunaan kedua duanya.

Pada kali ini kami diberi tugasan oleh Puan Fadila yang mungkin agak seronok untuk disiapkan. ini kerana kami perlu menghasilkan 30 lukisan sketching yang terpulang lah pada masing masing untuk sketch tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran masing masing. dengan cara ini, ia memberi peluang kepada kami melontarkan creativity kami sendiri tanpa perlu terikat pada suatu tema atau dalam lingkaran pemikiran yang sempit dan terbatas.

words

Yang mana satu menjadi keutamaan ? Creativity first atau Curiosity first ?

sebenarnya, ia terpulang pada tujuan dan keadaan masing masing. Creativity and Curiosity are cousins. kedua nya mempunyai persamaan tetapi juga mempunyai perbezaan. 
kreativiti dalam pelbagai dimensi idea

Creativity merupakan suatu kebolehan dan keupayaan untuk mencipta, menghasilkan dan membuat suatu yang baru berdasarkan tahap dan kemahiran individu atau kumpulan tersebut berimaginasi.

Melalui creativity, individu dapat melahirkan idea yang unik dan menarik melalui keupayaan berfikir secara kritikal dalam mengemukakan penyelesaian.
keupayaan mereka berfikir secara terbuka dapat diterjemahkan kepada idea dan teori dalam sama sekali diterjemahkan kepada bentuk aplikasi.

Manakala, curiosity yang bermaksud sifat dan perasaan ingin tahu juga dapat diterjemahkan kepada idea berdasarkan creativity tersendiri. seseorang yang tidak kreatif tetapi mempunyai tahap curiosity yang tinggi akan mampu untuk menghasilkan idea yang diinginkan mereka. dan, seseorang yang kreatif tetapi tidak mempunyai curiosity yang tinggi juga akan mampu menterjemahkan idea yang mereka ingini. 

sebenarnya, ia terpulang kepada pendirian masing masing mengenai kreativiti dalam penghasilan sesuatu idea. masing masing mempunyai pengalaman hidup dan faktor luaran yang berbeza beza berdasarkan keupayaan tersendiri.

setiap manusia berbeza beza


move on to sketching time!


...Assalamualaikum

Monday, 18 February 2013

My Beginning

Assalamualaikum

Dalam ruangan pertama ni, tak tahu nak tulis ape. sebab on the spot buat blog nih. Ini semua daripada subjek SPPE 2032. subjek Rekacipta. hari ni juga first time masuk class nih dalam semester 4 ni. class hari ni mula pukul 8.00 pagi dekat Studio Rekacipta nun jauh dekat blok n30 fak.pendidikan kat atas bukit belakang bangunan fkksa sane. 

subjek Rekacipta nih, kena ambil oleh semua orang pelajar fak.pendidikan. dalam seksyen kali ni, Puan Nor Fadila sebagai pensyarah yang akan mengajar subjek nih. bagi saye, takjadi masalah sangat kalau Puan Fadila as lecturer yang akan ngajar subjek nih sebab Puan Fadila memang sorang pensyarah yang bepengalaman dalam bidang-2 teknik vokasional nih. semester semester lepas pun, berdasarkan pengalaman saye sewaktu Puan Fadila ngajar subjek lepas, banyak ilmu dan pengalaman baru yang saye dengan kawan kawan peroleh. lagi satu, puan fadila bukanlah sorang lecturer yang lokek dengan ilmu. maksud saye, setiap kali di class puan fadila, ada saje info au maklumat baru yang saye peroleh. puan fadila jugek sangat best lah. insyaAllah, markah gred untuk subjek nih pun akan okey. percaye la. 

dalam class hari ni saje dah dapat tugasan. sebelum tu, puan fadila ada terangkan learning outcomes untuk subjek nih yaitu input dan output yang akan diperoleh pelajar dan pensyarah. lepas tu, puan terangkan juge mengenai sistem pemarkahan subjek nih. Puan juga mengumumkan tema rekacipta yang akan kami hasilkan iaitu 'Industri Kecil Sederhana' atau singkat nya sebagai IKS. setiap pelajar perlu membahagi kan kepada kumpulan. perlu ade tiga atau empat orang per group. oleh itu, puan memberi kebebasan kepada setiap orang pelajar untuk memilih sendiri ahli kumpulan nya. ini memberi peluang kepada setiap pelajar untuk membuat keputusan dengan baik yakni sewaktu memilih siapa yang menjadi ahli kumpulan nya.

bagi saye, ia sangat penting kerana ia membolehkan kita berada dalam keadaan tenang dan rase seronoknya sewaktu menghasilkan assignment dalam subjek ini. walaupun begitu, puan jugek ade menasihatkan supaya pelajar bertukar tukar pengalaman iaitu bertukar ahli kumpulan yang baru pule untuk subjek ini. puan mungkin bermaksud untuk menyuruh pelajarnye merasai pengalaman kejasama bersama rakan rakan yang lain pule. tidak lah asyik sama dengan kawan yang serupa je dari awal semester 1 sampai lah sekaran iaitu semester 4 nih. 

mengenai tugasan yang puan dah berikan kepada kami di minggu first nih iaitu setiap pelajar masing masing by individu perlu membuat sketching 30 lukisan. apa apa lukisan yang terlintas di fikiran waktu nak buat sketching itu. ikut je, apa apa lukisan pun. botol air ke, laptop ke, ikut r ape pun. lukisan tuh mesti di atas kertas a3. a3 paper. 

lagi satu, puan suruh setiap pelajar masing masing individually perlu buat satu blog baru untuk ceritakan setiap apa yang di lakukan dan di pelajari dalam subjek nih. dan, nilah blog saya. sebab tu saye dan kawan masing masing buat blog. janagan ingat buat blog nih untuk suka suka sebab sesuatu kerja kalau niat yang kosong takde membawa makna dan hasil yang baik di akhir perjalanan nya nanti. assalamualaikum.